Saturday, November 21, 2026
HomeBERITACOVID-19 : 3,100 kes baharu, 24 kematian direkodkan hari ini

COVID-19 : 3,100 kes baharu, 24 kematian direkodkan hari ini

Laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencatatkan 3,100 kes baharu menjadikan kes kumulatif meningkat kepada 245,552 kes membabitkan 3,099 merupakan kes tempatan dan satu kes import.

Jumlah pesakit discaj pula direkodkan seramai 2,340 orang dan ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 192,679 kes (78.5%).

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 51,977 orang (21.2%) manakala 282 pesakit berada di ICU dan 134 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.

24 kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 896 kes (0.4%).

Orang awam dinasihatkan agar mematuhi arahan PKP yang terkini.

Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

SourceKKM
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments