Friday, November 20, 2026
HomeBERITAAhli keluarga dari rumah lain dibenarkan hadir makan besar Tahun Baharu Cina

Ahli keluarga dari rumah lain dibenarkan hadir makan besar Tahun Baharu Cina

Standard Operating Procedure (SOP) bagi sambutan Tahun Baharu Cina telah ditambah baik dengan ahli keluarga terdekat dari kediaman lain dibenarkan menyertai acara Makan Besar Keluarga pada 11 Februari ini.

Kementerian Perpaduan Negara berkata, Mesyuarat Teknikal Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersetuju meluluskan SOP tersebut dengan syarat bilangan keseluruhan adalah tidak melebihi 15 orang.

Kebenaran itu bagaimanapun hanya membabitkan mereka yang tinggal dalam lingkungan radius 10 kilometer, tanpa rentas daerah dan negeri.

Mesyuarat juga bersetuju untuk membenarkan aktiviti keagamaan di rumah ibadat pada tarikh 11, 12 dan 19 Februari tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) ketat seperti berikut:

1. Bilangan kehadiran penganut di rumah ibadat tidak melebihi 30 orang pada satu-satu masa dengan pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal.

2.Tempoh waktu sembahyang adalah selama 30 minit dan diselangi dengan kerja-kerja sanitasi selama 30 minit sebelum waktu sembahyang yang berikutnya.

3. Jadual waktu sembahyang bermula dari jam 6.00 pagi hingga 2.00 petang sahaja. Aktiviti sembahyang pada 19 Februari dibenarkan di halaman rumah masing-masing pada waktu malam mengikut tradisi perayaan Tahun Baru Cina bagi “Hokkien Clan”.

“Pegawai Pemantau yang dilantik di bawah Seksyen 3 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342] akan melakukan pemantauan pematuhan SOP yang telah ditetapkan,” memetik kenyataan itu lagi.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique dalam pada itu menyeru masyarakat Cina di Malaysia agar mematuhi SOP ketika menyambut perayaan dalam norma baharu tahun ini.

“Sentiasa patuhi SOP yang ditetapkan, jaga kebersihan diri dan pastikan penjarakan fizikal dalam usaha kita memutuskan rantaian COVID-19 di Malaysia,” katanya.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments