Kes baharu positif COVID-19 kekal tinggi pada empat angka hari ini dengan rekod 1,937 kes membabitkan 1,935 kes tempatan dan dua kes import.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif dalam negara adalah sebanyak 82,246 kes.
Jumlah pesakit discaj direkodkan seramai 911 orang dan ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 68,084 kes.
Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 13,751 orang manakala 121 pesakit berada di ICU dan 66 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.
Dilaporkan sembilan kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 411 kes.
Orang ramai dinasihatkan agar tidak keluar rumah jika tiada keperluan.
Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!
#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply