Thursday, November 19, 2026
HomeBERITATujuh lokasi air terjun harus anda lawati di Selama

Tujuh lokasi air terjun harus anda lawati di Selama

Daerah kecil Selama terletak di utara negeri Perak Darul Ridzuan. Ia dianggap sebagai pintu masuk ke negeri ini kerana sebelah utara dan baratnya bersempadan dengan negeri Kedah Darul Aman.

Selama, mempunyai destinasi eko-pelancongan yang sangat cantik dan unik seperti tujuh lata dan air terjun.

Setibanya di Lata Air Puteh, mata seakan terpaku melihat keindahan air terjun yang merupakan ketiga tertinggi di Asia Tenggara.

Memandangkan lokasi air terjun ini jarang dikunjungi kerana laluan yang agak jauh di dalam hutan, suasananya begitu mendamaikan.

Malah kami turut disajikan dengan pemandangan panorama yang indah ditambah dengan biasan pelangi dek arus deras yang tinggi.

Terdapat enam air terjun lagi di Selama, antaranya Lata Tebing Tinggi, Lata Titi Dua, Lata Panggung, Lata Damak, Lata Rambung dan Lata Buluh.

Lata Tebing Tinggi yang terletak di Kampung Ulu Mengkuang, Rantau Panjang misalnya, memiliki keistimewaan tersendiri dengan airnya yang jernih selain menyajikan pemandangan air terjun pendek.

Manakala di Lata Panggung, menjadi kegemaran pemancing ikan tengas serta mempunyai kawasan perkhemahan dilengkapi dengan kemudahan surau, dewan terbuka dan tandas awam.

Bagi yang ingin bermalam di daerah ini, terdapat banyak homestay yang boleh ditempah untuk penginapan sebelum menjelajah di kesemua lata iaitu Lata Damak, Lata Tebing Tinggi, Lata Panggung, Lata Rambung, Lata Puteh, Lata Titi Dua dan Lata Buluh.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments