Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan 169 kes telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini.
Ini menjadikan jumlah kumulatif yang telah pulih sepenuhnya adalah sebanyak 2,647 daripada keseluruhan kes.
Sehingga 15 April, terdapat 85 kes baharu yang telah dilaporkan dan ini menjadikan jumlah kes di Malaysia sebanyak 5,072 kes.
Oleh itu, jumlah kes aktif dengan keboleh jangkitan COVID-19 adalah 2,342 kes.
Bilangan kes yang discaj hari ini hampir dua kali ganda dengan kes baru yang dilaporkan.
Sehingga kini, seramai 56 positif dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 32 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan pernafasan.
Maklumat daripada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) melaporkan terdapat satu kes kematian.
Oleh itu jumlah kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 83 kes.
Sidang media oleh YBhg. Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkenaan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia
Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Rabu, 15 April 2020
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.
Leave a Reply