Saturday, July 13, 2024
HomeBERITAAshraf Muslim positif COVID-19

Ashraf Muslim positif COVID-19

Keputusan ujian darah yang diterima pada 12hb April lalu mengesahkan pelakon Ashraf Muslim positif COVID-19.

Menerusi laman media sosial Instagramnya @ashrafmuslim, pelakon berkenaan berkongsi video memperlihatkan dirinya telah bersiap dan sedang menunggu kedatangan ambulans ke rumah.

Ashraf kemudiannya menaiki kenderaan terbabit dan dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk tindakan lanjut.

Dalam video itu, dia memohon agar ahli keluarga tersayang termasuk kedua-dua isteri dan anak-anaknya agar bersabar serta mendoakan agar diberi kesembuhan juga berharap dapat bersama lagi selepas ini.

Redha akan ketentuan Yang Maha Esa, Ashraf memohon kemaafan di atas segala salah dan silap kepada semua yang mengenalinya.

Memetik tulisannya dibahagian komen, Ashraf turut menyatakan penghargaannya kepada kesemua kakitangan barisan hadapan yang bertungkus lumus mengurus dan menjalankan tugasan dengan baik.

Menurut rekod, Ashraf merupakan pelakon kedua dijangkiti virus pandemik ini, selepas pelakon Puteri Aisyah dilaporkan positif pada minggu lalu.

Semoga Ashraf Muslim, Puteri Aisyah dan mangsa jangkitan COVID-19 tabah menjalani rawatan dan didoakan agar mereka cepat sembuh.

View this post on Instagram

Assalamualaikum…Tanggal 12hb April 2020 menjadi jawapan bagi AM ttg keputusan Sample covid19. Yer.. saya dijangkiti virus Covid19. Sewaktu itu walaupun sebak didada bila mendapat tahu jawapan tapi saya redha dgn pilihan Allah.. ada hikmah disebaliknya. Dtg perasaan nervous dan mcm2 perasaan timbul bila masuk dalam ambulance.. (itu yg sampai berpeluh2 tu). Maafkan saya ahli keluargaku, sahabat2 dan rakan-rakanku. Dan please tolong doakan yg baik utk saya dan pesakit-pesakit disini dan juga kita semua, semoga Allah jauhkn wabak ini dan tidak berterusan lagi serta sihatkan kita semua. Disini juga saya memohon maaf kepada rakan-rakan wartawan yg cuba menghubungi saya sebelum ini, yerlah..harap faham dgn situasi saya sekarang ni. Tak lupa juga pada frontliners doktor2, MA, nurse2 dan mereka yg terlibat , terima kasih u all are our hero.. and to mama, ibu , sarah, adam, anas dan safiyyah doakan ayah sungguh-sungguh supaya clear dr covid ni cepat yer.. supaya kita dapat jumpa ramai-ramai. Ayah rindu sangat.. tp jangan risau yer ayah ok kat sini sihat dan bole solat dan baca quran mcm biasa. Sama-sama kita berperasangka baik pada Allah.. hanya DIA yg berikan penyakit dan dari DIA jua yg memberikan kita kesembuhan.. Allahualam. Assalamualaikum wbt.

A post shared by Ashraf Muslim (@ashrafmuslim) on

#StayAtHome
#staySafe
#stayHealthy
#BreaktheChain

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments