Saturday, November 21, 2026
HomeBERITACOVID-19 : 1,354 kes baharu, 1,782 sembuh

COVID-19 : 1,354 kes baharu, 1,782 sembuh

Laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencatatkan 1,354 kes baharu menjadikan kes kumulatif meningkat kepada 323,763 kes membabitkan 1,340 kes tempatan dan 14 kes import.

Jumlah pesakit discaj pula seramai 1,782 orang dan ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 306,274 kes.

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 16,279  orang, manakala 158 pesakit berada di ICU dan 71 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.

Empat kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 1,210  kes.

Orang awam dinasihatkan agar mematuhi arahan PKP yang terkini.

Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!

#StayAtHome

#BreaktheChain

#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

SourceMKN
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments