Saturday, May 25, 2024
HomeBERITABekas KPN, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun akhiri zaman duda

Bekas KPN, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun akhiri zaman duda

Bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Mohamad Fuzi Harun akhiri zaman duda bersama pilihan hati Puan Sri Noraesyah Shaari yang berkhidmat sebagai Pengarah Kanan (Keusahawanan dan Perniagaan) Institut Koperasi Malaysia.

Beliau selamat bergelar suami kepada Noraesyah dengan sekali lafaz selepas diijabkabulkan di sebuah masjid di Seri Manjung, Manjung pada jam 11 pagi, Sabtu.

Majlis perkahwinan secara normal baharu pasangan itu berlangsung secara sederhana di rumah keluarga Mohamad Fuzi di Kampung Tua, Lambor Kanan, Perak hari ini.

Hadir sama, Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid dan Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Barudin Wariso.

Untuk rekod, Mohamad Fuzi dilantik sebagai KPN ke-11 menggantikan Tan Sri Khalid Abu Bakar pada 4 September 2017 sebelum bersara wajib pada Mei 2019.

Isterinya, Puan Sri Azizah Hamdi, 58, meninggal dunia akibat barah di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya, Selangor pada 15 Disember 2017.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments