Saturday, November 21, 2026
HomeBERITACOVID-19 : 135 pulih, 45 kes baharu, satu kematian direkodkan

COVID-19 : 135 pulih, 45 kes baharu, satu kematian direkodkan

Jumlah kes aktif COVID-19 dalam negara setakat petang ini adalah sebanyak 1,619 termasuk penambahan 45 kes baru dengan satu kes import.

Bilangan pesakit sembuh dan telah discaj pula meningkat hampir dua kali ganda dari laporan kelmarin iaitu seramai 135 orang.

Jumlah keseluruhan telah pulih dan discaj adalah sebanyak 4,702 kes daripada 6,428 jumlah keseluruhan kes positif.

Pesakit yang dirawat di ICU daripada 24 orang semalam turun kepada 22 hari ini dan sembilan lagi diberi rawatan bantuan alat pernafasan.

Manakala, jumlah kes kematian catat 107 kes dengan satu kematian pada jam 2.53 petang tadi melibatkan rakyat Malaysia.

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Rabu, 06 Mei 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments