Saturday, November 21, 2026
HomeBERITA2,897 penuntut IPT bergerak pulang ke kampung halaman masing-masing

2,897 penuntut IPT bergerak pulang ke kampung halaman masing-masing

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menghantar pulang seramai 2,897 pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta ke kampung halaman masing-masing.

Kira-kira lapan penerbangan telah dijadualkan untuk menghantar pulang 2,297 pelajar dari ibu negara ke Sarawak dan Semenanjung ke Sabah.

Menteri Kanan Keselamatan berkata bilangan terbabit juga termasuk pelajar yang berlepas di antara Sabah ke Sarawak dan Sarawak ke Kuala Lumpur.

“Tiga penerbangan pergerakan pulang pelajar dari KLIA akan menuju ke dua destinasi iaitu Kuching dan Kota Kinabalu.

“Satu penerbangan akan berlepas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan dua penerbangan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

“Manakala dari Kota Kinabalu akan melibatkan dua penerbangan ke Kuching dan tiga penerbangan dari Kuching ke KLIA,” ujar Dato’ Seri Ismail Sabri.

Selain itu, seramai 600 pelajar di zon timur ke kampung halaman di zon selatan serta dari zon utara ke zon tengah juga akan mula bertolak pulang malam ini.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments