COVID-19 : 1,229 kes baharu, empat kematian direkodkan

0

Laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia merekodkan 1,229 kes baharu membabitkan 1,227 kes tempatan dan dua kes import.

Dengan pertambahan kes bahary terbabit, jumlah keseluruhan positif dalam negara adalah sebanyak 83,475 kes.

Jumlah pesakit discaj direkodkan seramai 1,309 orang dan ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 69,393 kes.

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 13,667 orang manakala 115 pesakit berada di ICU dan 65 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dilaporkan empat kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 415 kes.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak keluar rumah jika tiada keperluan.

Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply