Cliff Umar juara GV7

0

Rancangan pertandingan nyanyian realiti popular mengenengahkan barisan penyanyi berpengalaman, melabuhkan tirai malam ini dengan keputusan mengejutkan ramai, apabila Cliff Umar diumumkan juara Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7).

Penyanyi kumpulan Project Pistol ini menyampaikan lagu Inggeris berjudul ‘I Would Do Anything For Love (kumpulan Meat loaf) berduet dengan Juara GV5 Noryn Aziz dan lagu Nakal (kumpulan Gigi).

Menerima ‘standing ovation’ dari juri, Dato’ Khatijah Ibrahim dan penonton, nyata persembahan bersahaja dan bertenaga Cliff turut disukai ketua juri Datuk Ramli MS atau lebih dikenali sebagai Tok Ram.

Manakala Datuk Shafinaz turut memberi komen berpuas hati kerana akhirnya dapat menyampaikan lagu yang sesuai dan menjadi diri sendiri.

Dengan kemenangan ini, Cliff berjaya membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000, trofi sumbangan Astro dan pakej penginapan di Villa dua bilik tidur bersama kolam renang peribadi bertempat di Royal Chulan Cherating serta turut merangkul bintang paling power dan membawa pulang RM2,000.

Naib juara pula disandang oleh Mus bekas vokalis kumpulan May dan membawa pulang wang tunai bernilai RM50,000, trofi sumbangan Astro dan pakej penginapan suite duplex di Royal Chulan Damansara.

Menurut juri jemputan Joe Flizzow, lagu Mencintaimu (nyanyian asal Kris Dayanti) duet bersama juara GV3 Azharina kedengaran sedikit janggal pada mulanya, tapi Mus mampu membawakan lagu terbabit dengan gaya tersendiri.

Manalaka lagu Mentari Merah Di Ufuk Timur (kumpulan Search) nyanyian harmoni bersama kumpulan nasyid Nirwana lebih ‘menjadi’.

Joe Flizzow menzahirkan rasa kagum dan hormat dengan kebolehan dan percubaan Mus untuk mencuba semua ‘genre’ yang diberikan.

Tempat ketiga menjadi milik Ayu Damit dan membawa pulang wang tunai bernilai RM30,000, trofi sumbangan Astro dan pakej penginapan di suite eksekutif Royal Chulan Pulau Pinang merupakan habuan buat wanita genit ini.

Ayu Damit menyampaikan lagu Bukan Dia Tapi Aku (Judika) dan Memori Tercipta (Sheila Amzah) duet bersama juara GV6 iaitu Naqiu.

Menurut komentar Tok Ram, lagu pertama kurang ‘ok’.

Namun memahami lagu itu bukan mudah untuk dinyanyikan, pujian harus diberi penyanyi kelahiran Sabah ini.

Tempat keempat pula disandang oleh Ratu Etnik Malaysia, Noraniza Idris dan berjaya membawa pulang wang tunai bernilai RM20, 000, trofi sumbangan Astro dan pakej penginapan di Royal Chulan Seremban.

Pada persembahannya, Noraniza menyampaikan lagu Empat dara (Allahyarham Biduanita Syarifah Aini) duet bersama Juara GV4 iaitu Aisyah dan lagu Hutang nyanyian asal kumpulan Floor 88.

Datuk Shafinaz menyifatkan Noraniza selesa dalam elemen dan ‘forte’ kegemarannya.

Dalam pada itu, Tok Ram merasakan bahawa Noraniza sepatutnya telah belajar 30 tahun lepas apabila artis itu bertanyakan pendapat beliau.

Linda Nanuwil menduduki tempat kelima dengan lagu Terlanjur Cinta (Rossa dan Pasha kumpulan Ungu) duet bersama Juara GV6 iaitu Hadi Mirza.

Lagu keduanya One Moment In Time merupakan lagu asal nyanyian Whitney Houston.

Linda yang tampil sangat cantik persis pelakon Fazura menerima pujian kerana mendapat lagu yang bersesuaian di samping pasangan duet yang bagus.

Linda berjaya memiliki wang tunai bernilai RM15,000, trofi sumbangan Astro dan pakej penginapan di suite eksekutif Royal Chulan Cherating. Selain itu, Linda terpilih menjadi Bintang Cuckoo For Healthy Home.

Tempat keenam pula dimiliki oleh Oja dengan menyampaikan lagu Jujur (kumpulan Radja) dan Di Sana Cinta Di Sini Rindu (Siti Nordiana & Allahyarham Achik Spin).

Tampil berduet bersama penyanyi asal yang juga Juara GV2 Siti Nordiana, Dato’ Khatijah merasakan Oja kelihatan tidak sihat, namun menyampaikan lebih baik menerusi lagu keduanya.

Wang tunai bernilai RM10,000, trofi sumbangan Astro & pakej penginapan di Chalet Royal Chulan Cherating menjadi milik Oja. Di samping itu, Oja turut menerima Anugerah Digi Next Level bernilai RM5,000.

Buat julung-julung kalinya GV membawa tujuh orang peserta ke gelanggang akhir pertandingan.

Tempat ketujuh ini menjadi milik Ashira yang membawakan lagu Wajah Kekasih (Dato’ Seri Siti Nurhaliza) dan Seribu Sesalan (Ning Baizura, Jacquline Victor & Sheila Amzah) duet bersama Liza Hanim.

Dato’ Shafinaz memuji penyampaian Ashira yang meningkat baik, namun kelihatan ‘stress’.

Juri juga berpendapat Ashira perlu jadikan lagu pertama lebih ‘personal’ supaya lebih sampai kepada pendengar.

Lagu duet bersama Liza Hanim pula agak mencabar kerana berpasangan dengan Liza, penyanyi yang sangat bagus.

Ashira berjaya membawa pulang wang tunai bernilai RM5,000, trofi sumbangan Astro dan juga pakej penginapan di chalet Royal Chulan Cherating.

Lagu battle antara Linda dan Ayu berjudul Hikayat Ben Laden.

Battle antara Ashira dan Noraniza mempertaruhkan lagu Eh! nyanyian Zizi Kirana. Manakala battle antara Mus, Cliff dan Oja pula adalah lagu Inilah nasibku (Nico).

Rancangan yang menerima tajaan utama dari Farm Fresh, Power Cat, Food Panda dan Digi ini menampilkan Jihan Muse dan Nabil Ahmad sebagai pengacara.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply