Sunday, June 23, 2024
HomeBERITACOVID-19 : 1,212 kes baharu, tiga kematian direkodkan

COVID-19 : 1,212 kes baharu, tiga kematian direkodkan

Masih kekal dengan empat angka, laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan sebanyak 1,212 kes positif melibatkan 1,203 kes tempatan dan sembilan kes import.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif dalam negara terus meningkat kepada 65,697 kes.

Jumlah pesakit discaj direkodkan tinggi iaitu seramai 2,112 orang dan ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh serta discaj adalah 54,759 kes.

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 10,578 orang manakala 113 pesakit berada di ICU dan 42 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dilaporkan tiga kematian baharu dicatatkan pada hari ini dan menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 360 kes.

Anda dinasihatkan agar tidak keluar rumah jika tiada keperluan.

Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

SourceKKM
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments