Saturday, November 21, 2026
HomeBERITACOVID-19 : 1,208 kes baharu, 1,973 sembuh

COVID-19 : 1,208 kes baharu, 1,973 sembuh

Laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencatatkan 1,208 kes baharu menjadikan kes kumulatif meningkat kepada 324,971 kes membabitkan 1,199 kes tempatan dan sembilan kes import.

Jumlah pesakit discaj pula seramai 1,973 orang dan ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 308,247 kes.

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 15,511  orang, manakala 155 pesakit berada di ICU dan 70 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.

Tiga kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 1,213 kes.

Orang awam dinasihatkan agar mematuhi arahan PKP yang terkini.

Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!

#StayAtHome

#BreaktheChain

#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

SourceMKN
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments