Laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 1,196 kes baharu positif COVID-19 membabitkan 1,191 kes tempatan dan lima kes import.
Catatan kes baharu ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan positif dalam negara adalah sebanyak 105,096 kes.
Jumlah pesakit discaj direkodkan seramai 997 orang dan ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 84,411kes (80.3%).
Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 20,233 orang (19.3%) manakala 111 pesakit berada di ICU dan 50 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.
Satu kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 452 kes (0.4%).
Orang awam dinasihatkan agar tidak keluar rumah jika tiada keperluan.
Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!
#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply