Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin yakin Barisan Nasional, BN mampu memenangi Pilihanraya Negeri Melaka walaupun terpaksa bertanding sendirian tanpa Perikatan Nasional.
“Saya nampak peluang itu besar kerana BN akan menampilkan ramai calon anak muda dan calon-calon baru yang ada potensi untuk berkhidmat kepada rakyat.
“Dilihat dengan perkembangan dan perubahan lanskap politik baru BN yang serba dinamika dan bersikap terbuka dengan pandangan Pemuda Puteri dan Wanita UMNO untuk mengenengahkan wajah-wajah baru dalam kepimpinan dan PRN Melaka, BN mampu sambung kesinambungan pembangunan dan ekonomi yang tergendala sebelum ini,” katanya kepada The Malaya Post.
Tambahnya, walaupun PRN Melaka ini berlaku oleh kerana konflik dalaman parti, tetapi, UMNO sangat berprinsip dan terus secara automatik telahpun membuang dua adun terbabit.
“Saya juga ingin sama-sama berpesan kepada rakyat negeri Melaka, tentang apa yang telah berlaku sepanjang tempoh PH memerintah negara dan negeri serta kemelut perbalahan dalaman PPBM yang sehingga kini masih berlaku dan menunggu masa untuk berpecah.
“Pilihlah BN, parti yang berprinsip, yang mampu membangun ekonomi rakyat dan negara, menjaga keharmonian pelbagai bangsa dan sentiasa cakna dan prihatin kepada rakyat serta sentiasa turun padang membantu rakyat yang memerlukan.
“Saya harap PRN kali ini, rakan-rakan pemuda dan puteri seperti Saudara Fairul Nizam Roslan Ketua Pemuda Negeri Melaka, Datuk Rais Yasin dan Datuk Dira Abu Zahar Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Dr Akmal Saleh Ketua Pemuda Jasin dan beberapa lagi calon profesional, dapat diangkat menjadi calon dan diketengahkan oleh pucuk pimpinan parti,” katanya.–THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost
Leave a Reply