Wednesday, June 19, 2024
HomeBERITABursa Malaysia kekal rendah

Bursa Malaysia kekal rendah

Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari ini apabila pelabur terus mengambil keuntungan dalam saham wajaran tinggi terpilih termasuk saham berkaitan PETRONAS.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 0.17 peratus atau 2.68 mata kepada 1,566.67 berbanding paras penutup 1,569.35 semalam.

Indeks petunjuk pasaran itu, yang dibuka tinggi naik 2.52 mata kepada 1,1571.87, bergerak antara paras 1,564.25 dan 1,573.29 sepanjang sesi pagi.

Di keseluruhan pasaran, kaunter turun mengatasi kaunter naik sebanyak 396 berbanding 295 dengan 356 kaunter kekal tidak berubah, manakala 951 tidak diniagakan dan 16 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 1.19 bilion saham bernilai RM730.69 juta.

Saham berkaitan PETRONAS, yang memiliki wajaran indek komposit tinggi menyeret turun bursa tempatan apabila Petronas Chemicals turun tiga sen kepada RM7.21, Petronas Gas susut 50 sen kepada RM16.90 dan Petronas Dagangan berkurangan 54 sen kepada RM22.86.

Kaunter PETRONAS mencatatkan dagangan tidak menentu sejak minggu lalu apabila syarikat minyak dan gas nasional itu menyelesaikan dagangan blok saham MISC, Petronas Dagangan dan Petronas Gas yang bernilai RM6 bilion.

MISC turun 11 sen kepada RM8.45.

Sementara itu, syarikat pembrokeran Malacca Securities Sdn Bhd, berkata kaunter berharga rendah dan keseluruhan kaunter terus mencatatkan minat dagangan mampan.

“Bagaimanapun, kami masih berhati-hati bahawa kenaikan ketika ini dalam kalangan kaunter berharga rendah telah menjadi agak tinggi dan berkemungkinan akan menyusut,” kata firma itu dalam satu nota penyelidikan hari ini.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik satu sen kepada RM8.53, Tenaga meningkat empat sen kepada RM13.10, Public Bank menokok 10 sen kepada RM18.94 manakala CIMB turun lima sen kepada RM5.21.

Dalam kalangan kaunter cergas, Ekovest turun setengah sen kepada 88 sen, AT tidak berubah pada empat sen manakala RSawit dan TDM susut satu sen setiap satu masing-masing kepada 34 sen dan 31 sen.

SourceBernama
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments