Baru sahaja putus cinta, Charlotte Crosby sudah temui pengganti

0

Selepas berpisah dengan Joshua Ritchie, personaliti Charlotte Crosby memuat naik satu foto sedang bercium bersama DJ Chris Wright.

Aksi mesra tersebut dikongsi menerusi laman Instagram milik bintang realiti itu semasa percutiannya ke Dubai pada hari Ahad.

Entri berserta caption “I’ve found him @djchriswright ❤” menjadi teka-teki buat para pengikut mengenai status hubungan terbarunya.

Percutian mereka ke Dubai turut disertai oleh rakan-rakan selebriti lain iaitu Sophie Kasaei, Georgia dan Kyanna Moran.

Terdahulu, bekas bintang realiti Geordie Shore mengumumkan dia dan Joshua telah berpisah pada November 2019.

Pasangan itu mengakhiri hubungan cinta mereka selepas dua tahun bersama.

Leave a Reply