Monday, June 17, 2024
HomeBERITABoleh ramai di meja makan asalkan ada jarak sosial

Boleh ramai di meja makan asalkan ada jarak sosial

Amalan #normalBaru dalam aktiviti seharian selain dari mendidik masyarakat menjaga kebersihan diri, ianya adalah usaha bagi mengekang wabak pandemik COVID-19.

Penjarakan sosial adalah salah satu langkah yang wajib diamalkan demi mengurangkan risiko jangkitan wabak ini.

Menerusi perkongsian di laman media sosial Facebook @Majlis Keselamatan Negara, tiada had limit bagi jumlah pelanggan di sesebuah premis makanan bagi satu-satu masa.

Begitu juga jumlah individu disebuah meja makan. Selagi ada penjarakan sosial di antara satu pelanggan dengan pelanggan yang lain, selagi itulah premis makanan boleh menerima kehadiran pembeli ke premis perniagaan.

Dalam erti kata lain, semakin besar keluasan kedai dan banyak meja makan disediakan, maka makin ramailah pelanggan yang boleh menikmati hidangan di premis berkenaan.

Sudah pasti, prosedur lain yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa perlu dipatuhi premis menjual makanan dan pelanggan.

Antaranya ialah memeriksa suhu badan, memberi nama dan nombor talian untuk dihubungi jika perlu, menggunakan sanitasi tangan, memakai penutup hidung dan mulut dan amalan pemakaian sarung tangan buat kakitangan atau pekerja.

Semoga kita terus mematuhi arahan dan mengamalkan gaya hidup sihat demi membendung seterusnya memutuskan rantaian virus COVID-19.

Kita mampu lakukannya!

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

BOLEH RAMAI DI MEJA MAKAN ASALKAN ADA JARAK SOSIAL#KitaMestiMenang#COVID19malaysia…

Posted by Majlis Keselamatan Negara on Thursday, 18 June 2020

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments