Friday, November 20, 2026
HomeBERITA15 ditahan, tujuh direman dan lima dikenakan kompaun kerana ingkar PKPP

15 ditahan, tujuh direman dan lima dikenakan kompaun kerana ingkar PKPP

Sidang Media Khas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hari ini melaporkan sebanyak 69,119 pemeriksaan telah dilaksanakan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP PKPP.

Manakala pada 17 Jun lalu sebanyak 72,333 pemeriksaan telah dilaksanakan.

Ia melibatkan sejumlah 3,821 pasukan dengan 16,360 anggota.

Kelmarin, 3,670 pasukan terdiri daripada 16,584 anggota telah membuat pemantauan di seluruh negara.

Hasil daripada itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan 15 individu atas kesalahan ingkar arahan PKPP, tujuh direman, tiga diberi jaminan polis dan lima telah dikenakan kompaun.

Mengikut rekod, antara kesalahan ingkar arahan PKPP pada 17 dan 18 Jun termasuk aktiviti di pusat karaoke dan hiburan keluarga (lima kes), aktiviti di pub dan kelab malam (25 kes), aktiviti refleksologi atau urut (10 kes) dan aktiviti yang menyukarkan penjarakan sosial.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments