Monday, May 20, 2024
HomeBERITABN mampu bentuk kerajaan malam ini, kerjasama GPS, GRS diteruskan - Ismail...

BN mampu bentuk kerajaan malam ini, kerjasama GPS, GRS diteruskan – Ismail Sabri

Barisan Nasional (BN) yakin dan optimis dapat membentuk kerajaan baharu malam ini, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata, walaupun mampu membentuk kerajaan sendiri, kerjasama akan diteruskan dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS)

“Saya harap sebab sasaran kita boleh lepasi 112, kita boleh bentuk kerajaan. Kalau sudah dapat majoriti mudah kita akan bentuk kerajaan.

“Jika sudah boleh dapat 112 kerusi untuk bentuk kerajaan dengan majoriti mudah, kita akan bentuk kerajaan malam ini,” katanya ketika ditemui selepas selesai mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Kerayong, di sini, hari ini.

Terdahulu, Ismail Sabri bersama isteri Datin Seri Muhaini Zainal Abidin tiba di SMK Bandar Kerayong jam 9.20 pagi.

Ismail Sabri dan isteri selesai menunaikan tanggung jawab sejam kemudian selepas beratur selama satu jam bersama pengundi lain.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, sama ada kerajaan BN dapat dibentuk bersendirian atau perlu gabungan parti lain, selain GPS dan GRS hanya akan diputuskan kepimpinan tertinggi parti.

“BN tidak akan meninggalkan parti GPS dan GRS untuk membentuk kerajaan,” katanya.

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments