Saturday, July 13, 2024
HomeBERITABeli enam troli barangan dapur, Eina Azman perjelas situasi sebenar

Beli enam troli barangan dapur, Eina Azman perjelas situasi sebenar

Dalam hidup kita perlu sentiasa positif dan bersangka baik, tidak kira pada diri sendiri mahupun orang lain.

Menganggap diri kita sahaja yang betul dan orang lain salah, secara terang terangan memperlihatkan keegoan dan kesombongan diri.

Tambahan pula kita mudah melabelkan seseorang dengan kata-kata negatif sedangkan kita tidak mengenali antara satu sama lain.

Itulah yang berlaku kepada pelakon Eina Azman menempelak tindakan seorang netizen yang mempertikai dan mempersoalkan tindakannya memborong barang keperluan sehingga 6 troli di sebuah pasaraya baru-baru ini.

Artis cantik ini kemudian menjelaskan barangan yang dibelinya adalah untuk keperluan tiga buah rumah yang ramai penghuninya.

Nah! Tidak bagus kita menyoal hal dan hak orang lain tanpa mengetahui sebab dan tujuannya.

Walaupun Eina Azman seorang selebriti, tidak semua tujuan aktivitinya perlu dijelaskan kepada umum.

Namun dia tetap mengambil pendekatan menerangkan tujuannya itu kepada para pengikut di laman media sosialnya.

Eloklah kita mengambil sikap jaga tepi kain sendiri.

Kerana setiap kata-kata jika silap penyampaiandan maksudnya akan timbul fitnah pula.

Semoga kita semua bersabar dan tabah dalam menjalani arahan pelaksanaan kawalan pergerakan ini.

Jaga mulut dan jaga jari anda masing-masing. Jangan laju sangat menaip dan meninggalkan komen ke atas perkongsian orang lain.

Yang paling penting, “don’t jump to conclusions”.

View this post on Instagram

Salam semua. Saya rasa this girl nak famous or maybe mmg suka nak bercerita hal orang. @nadiah_musa95 apa masalah awak nak tag nama saya Dan comment psl saya di ig kawan saya @bettyrahmad ? 1st saya mmg beli 6 troll sebab saya beli untuk 3 buah rumah iaitu diri saya, mak saya dan untuk adik ipar saya yang berkeluarga besar? Jadi apa masalah nya? Saya tak fikir orang??? Kalau saya tak fikir orang. Saya takkan bagi bantuan makanan utk 100 buah rumah sebelum quarantine haritu. Maaf bukan nak riak atau apa2. Saya tanpa ada masalah apa2 pun saya sentiasa menolong orang tanpa mengira bangsa atau agama. So pls mind ur own business! Jangan tau nak mengata dan bercerita hal orang. TQ n #untuksemuayangberceritaTentangSayaBeli6troli #StaySafeEveryone

A post shared by 𝑬𝒊𝒏𝒂 𝑨𝒛𝒎𝒂𝒏 (@eina_azman) on

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments