Saturday, November 21, 2026
HomeBERITA270 warga Malaysia di Bangladesh akan dibawa pulang dalam waktu terdekat

270 warga Malaysia di Bangladesh akan dibawa pulang dalam waktu terdekat

Menerusi perkongsian maklumat terkini Menteri Luar Negeri, Dato’ Seri Hishammuddin Hussein di laman Facebooknya, beliau berkata seramai 367 orang rakyat Malaysia berada di Bangladesh.

Daripada jumlah itu, 219 merupakan dari kalangan pelajar, 55 orang kakitangan Hospital Medan Malaysia di Cox Bazar, 20 orang penjawat awam serta ahli keluarga yang bertugas di Suruhanjaya Tinggi Malaysia dan 73 orang yang menetap juga berkerja termasuk ahli keluarga.

Terima kasih kepada Malaysian Indian Congress (MIC) kerana sekali lagi bantu usaha Wisma Putra bawa pulang rakyat kita…

Dikirim oleh Hishammuddin Hussein pada Selasa, 24 Maret 2020

Sejumlah 367 yang terkandas di sana, seramai 270 warga Malaysia telah bersetuju akan dibawa pulang ke Malaysia dalam waktu terdekat.

Kesemua mereka akan dibawa pulang dengan pesawat sewa khas Airbus 332 milik syarikat penerbangan Malaysia Airlines yang akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hazrat Shahjalai, Dhaka.

Dalam kesempatan ini, Menteri Luar Negeri juga menzahirkan penghargaan kepada Malaysian Indian Congress (MIC) kerana membantu membiayai kesemua kos enam penerbangan pesawat sewa khas untuk membawa pulang rakyat Malaysia di India.

“Saya amat berterima kasih kepada Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran dan parti MIC kerana tampil ke hadapan dan sanggup membantu Wisma Putra memudahcara urusan kepulangan rakyat Malaysia.

“Sesungguhnya kami di Wisma Putra amat menghargai kerjasama ini. Terima kasih juga kepada Malaysia Airlines,” ujar beliau dalam satu kenyataan.

[SIDANG MEDIA SIARAN LANGSUNG : Wisma Putra]"Perkembangan Terkini Rakyat Malaysia Yang Terkandas Di Luar Negara"YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Luar Negeri & YB Senator Tan Sri Dato' Sri S A Vigneswaran, Yang di-Pertua Dewan Negara merangkap Presiden Malaysian Indian Congress (MIC)

Dikirim oleh Hishammuddin Hussein pada Senin, 23 Maret 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments