Monday, May 20, 2024
HomeBERITAJENAYAHBekas Pegawai Penyelidik Anwar Ibrahim buat Akuan Bersumpah, dakwa mangsa pukul dan...

Bekas Pegawai Penyelidik Anwar Ibrahim buat Akuan Bersumpah, dakwa mangsa pukul dan gangguan seksual

Kuala Lumpur 4 Dis : Hari ini negara digemparkan dengan pengakuan seorang lelaki yang dikenali sebagai, Muhammed Yusoff Rawther 26 tahun mendakwa dirinya telah diserang secara fizikal dan seksual oleh seorang pemimpin politik terkemuka yang turut menerajui sebuah parti politik.

Pada sidang akhbar berkenaan, Muhammed Yusof mendakwa kejadian terbabit berlaku pada 16 Mei 2019 dan dia telah pun membuat laporan polis serta turut melampirkan laporan lengkap perubatan kecederaan yang dialaminya.

Menurutnya, sehingga kini pihak berkuasa tidak mengambil sebarang tindakan ke atas laporan yang dibuat.

“Oleh kerana tiada tindakan dari pihak berkuasa, saya telah mengemukakan tuntutan sivil terhadap penyerang saya.

“Ingin saya tegaskan, tindakan ini bukan bermotifkan kewangan, tetapi demi menuntut keadilan buat diri saya sendiri,” ujarnya.

Dia turut memberitahu, serangan yang berlaku bermula ketika bertugas dengan pemimpin politik terbabit dan sudah memberi perincian lengkap kejadian berkenaan.

Mengakui dirinya merupakan mangsa jenayah serius, Muhammed Yusof turut memberitahu telah berjumpa dengan beberapa pemimpin politik untuk memohon bantuan namun semuanya hanya mendiamkan diri.

Dalam pada itu, Yusoff turut memuatnaik surat akuan bersumpah telah dibuat oleh Muhammed Yusof Rawther pada 19 November lalu di Fan Page Solidariti Muhammed Yusoff Rawter.

Surat akuan bersumpah sebanyak tiga muka surat, lengkap memperincikan setiap perkara yang berlaku.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments