Thursday, June 13, 2024
HomeBERITABayaran balik GST akan dipercepatkan

Bayaran balik GST akan dipercepatkan

Menteri Kewangan, Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam satu kenyataan memaklumkan pembayaran balik Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang tertangguh akan dipercepatkan.

Pembayaran akan dibuat kepada semua yang menuntut pada 22 Jun 2020 dan proses pembayaran dijangka selesai selewat-lewatnya pada akhir bulan Disember tahun ini.

Selaras keputusan ini, beliau telah mengarahkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk melaksanakan kaedah bayar dahulu dan audit kemudian bagi syarikat terpilih untuk mempercepatkan pemprosesan bayaran balik GST.

“Kerajaan berharap keputusan ini dapat membantu aliran tunai pelbagai sektor perniagaan di dalam tempoh pemulihan ekonomi.

“Usaha ini selaras dengan langkah-langkah pemulihan ekonomi yang diperkenalkan melalui Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin,” kata beliau.

Kenyataan Media YB Tengku Zafrul, Menteri Kewangan Berkenaan Pembayaran Balik Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) Dipercepatkan.

Posted by Kementerian Kewangan Malaysia on Monday, 15 June 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments