Saturday, June 22, 2024
HomeBERITAAnda suka makan petai? Kami kongsi khasiat petai dan cara menghilangkan baunya

Anda suka makan petai? Kami kongsi khasiat petai dan cara menghilangkan baunya

Petai adalah sejenis ulam yang tidak asing lagi di kalangan rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu.

Selain enak dimakan segar, ia juga sesuai untuk masakan tradisional seperti sambal tumis dan masak lemak.

Ketika itu, ibu mertua lalu di belakang pun tak perasan! 😋

Namun ramai yang kurang selesa dan mengelak dari menikmati petai atau nama saintifiknya ‘Parkia Speciosa’ dek kerana baunya.

Malah, bau yang kurang menyenangkan itu akan memberi kesan kepada bau nafas juga.

Walaubagaimanapun, bau terbabit tidak mendatangkan sebarang kemudaratan.

Tahukah anda, disebalik bau itu, ‘Parkia Speciosa’ mempunyai banyak khasiat dan vitamin jika dimakan.

Menerusi perkongsian di laman media sosial Facebook @Kementerian Kesihatan Malaysia, petai mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi.

Ia dapat meningkatkan sistem imunisasi badan dan juga bersifat anti oksida.

Selain itu, kandungan kalium mampu mengawal keseimbangan air dalam badan dan membantu pelancaran fungsi jantung anda.

Jadi, janganlah menyekat keinginan selera anda hanya kerana risau akan baunya. Antara tip yang boleh dipraktikkan ketika menikmati petai ialah :

1. Kumur dengan air garam.

2. Kumur dengan cecair pembasmi kuman dan plak. Banyak jenama di pasaran contohnya seperti Listerine, Colgate dan lain-lain.

3. Kunyah beras.

4. Minum kopi kosong tanpa gula.

5. Minum teh kosong tanpa gula.

Jom amalkan pengambilan ulam dan sayuran segar untuk kesihatan anda.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Ada yang kurang selesa makan Parkia Speciosa(Petai) kerana baunya. Di sebalik bau itu, Parkia speciosa mempunyai…

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Monday, 15 June 2020

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments