Bantuan Keluarga Malaysia bukti jaga kebajikan rakyat

0

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merupakan inisiatif bantuan tunai langsung yang tertinggi dalam sejarah negara.

BKM Fasa 2 selepas ditambah baik dengan bantuan tunai tambahan bernilai RM630 juta pada pertengahan tahun ini menjadikan peruntukan kese­luruhan BKM kini berjumlah mencecah RM8 bilion.

Berbanding Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan Bantuan Sara Hidup (BSH), kadar maksimum BKM adalah RM2,600, manakala BR1M RM1,200 dan BSH sebanyak RM1,480 yang merupakan peningkatan bantuan sebanyak 120 peratus.

Perkembangan itu merupakan manifestasi jenama Keluarga Malaysia cetusan Ismail Sabri yang mementingkan kebajikan hidup rakyat negara tanpa mengira bangsa dan agama.

Bagi pakar ekonomi, Datuk Jalillah Baba, memang wajar kerajaan menggunakan dana yang mencukupi untuk memberi bantuan tunai secara terus kepada golongan memerlukan.

Kata beliau, bantuan itu le­bih-lebih lagi amat diperlukan untuk membantu rakyat yang berdepan kenaikan kos sara hidup terutama mereka yang berpendapatan rendah.

Bagaimanapun, katanya, pe­nerima BKM perlu bijak dalam menggunakan bantuan itu dan tidak menggunakan ia untuk tujuan yang tidak berfaedah.

Ismail Sabri baru-baru ini memaklumkan pembayaran BKM fasa empat yang dija­dualkan pada Disember depan dipercepatkan pada 15 November ini.

Bayaran itu akan dikreditkan ke akaun bank penerima secara berperingkat dan dijangka selesai pada 18 November ini.

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply