Friday, July 19, 2024
HomeBERITABanjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Kebangsaan diaktifkan

Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Kebangsaan diaktifkan

Kerajaan sudah mengaktifkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana (JPB) Kebangsaan susulan banjir di beberapa negeri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata JPB peringkat negeri dan daerah juga kini digerakkan bagi membantu mangsa di lokasi.

Beliau berkata, semua agensi yang terbabit seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat diarahkan untuk bersedia sekiranya keadaan menjadi semakin kritikal.

“Saya sudah memanggil mesyuarat JPB Kebangsaan yang diwakili semua agensi terbabit untuk menyelaraskan gerak kerja operasi di kawasan banjir.

“Semua agensi terbabit juga sudah bersedia untuk berdepan dengan Monsun Timur Laut yang kini baru bermula,” katanya ketika ditemui di Program Semarak Uniti Keluarga Malaysia Peringkat Kebangsaan, di Dataran Kerayong, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique.

Program berkenaan dengan pelbagai aktiviti dan persembahan artis terkemuka dihadiri lebih 1,000 pengunjung.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, persediaan rapi perlu dilakukan di lokasi bencana bagi memastikan mangsa menerima bantuan sewajarnya daripada kerajaan.

Katanya, bencana banjir kini kebanyakan kejadian banjir kilat dan diharap tidak menjejaskan proses pengundian yang akan berlangsung Sabtu ini.

Awal pagi ini beberapa lokasi khususnya di Selangor seperti Sri Muda, Bangi, Klang, Sabak Bernam di Selangor dinaiki air susulan hujan lebat.

Hujan lebat bermula jam 1 pagi tadi menyebabkan 719 mangsa daripada 175 keluarga terpaksa dipindahkan ke tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) susulan banjir.

Data Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Selangor, menunjukkan PPS dibuka di Daerah Klang membabitkan lokasi di Masjid Kampung Johan Setia yang menempatkan 195 mangsa dari 49 keluarga, selain PPS Balai MPKK Kampung Jalan Kebun, Batu 7 yang menempatkan 58 mangsa dari 15 keluarga.

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments