Saturday, November 21, 2026
HomeBERITABanjir di Indonesia akibatkan 66 kematian, diramalkan kadar taburan hujan akan meningkat

Banjir di Indonesia akibatkan 66 kematian, diramalkan kadar taburan hujan akan meningkat

Jumlah kematian akibat banjir dan tanah runtuh di Indonesia telah meningkat sekurang-kurangnya 66 orang, memandangkan pihak berkuasa negara terbabit telah memberi amaran kepada penduduk bahawa kadar penurunan hujan akan bertambah pada waktu terdekat.

Keseluruhan daerah di ibu kota Jakarta dan bandar-bandar satelitnya melibatkan kira-kira 30 juta penduduk, telah ditenggelami banjir minggu lalu mengakibatkan puluhan ribu penduduk terpaksa dipindahkan ke penempatan perlindungan sementara.

“Lima hari selepas banjir, 66 orang mati sejak hari ini,” kata Agus Wibowo, jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan, hari ini.

“Sembilan orang meninggal dunia di Jakarta, manakala yang lain melibatkan kematian di daerah-daerah jiran, menurut agensi itu.

Sementara itu, pihak berkuasa meminta penduduk untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan melindungi harta benda mereka dalam menghadapi hujan ribut.

“Masih terdapat potensi hujan lebat dengan kilat, guruh dan angin kencang” di Jakarta, kata biro cuaca Indonesia dalam satu kenyataan.

Bencana minggu lepas adalah yang paling buruk di ibu negara sejak penyimpanan rekod bermula pada abad ke-19, kata biro, yang membawa kepada banjir yang paling dahsyat di bandar selama bertahun-tahun.

Kira-kira 377mm (14.8 inci) taburan hujan  melibatkan daerah bandar yang besar, dengan banjir naik sehingga para tingkat kedua bangunan selepas sungai mulai melimpah.

Sekurang-kurangnya dua orang di barat Jakarta dibawa ke hospital pada hari Isnin selepas sebuah bangunan lima tingkat runtuh yang menurut unit pencarian dan penyelamat Indonesia.

Banjir kilat juga membunuh lebih daripada lima orang di Lebak, sebuah daerah wilayah Baten, termasuk seorang budak lelaki berusia tujuh tahun yang dilaporkan telah dihanyutkan air deras

Kira-kira 169 kawasan di seluruh Indonesia dilaporkan banjir lada minggu lalu.

Di pinggi Indonesia dengan iklim khatulistiwa dan tropika sering mengalami banjir kilat dan tanah runtuh, terutama apabila bermulanya musim monsun yang biasanya berlaku pada bulan Oktober sehingga April.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments