Tuesday, May 21, 2024
HomeBERITABajet 2024: Peruntukan proaktif untuk pembangunan Ekonomi Jingga - MyCreative

Bajet 2024: Peruntukan proaktif untuk pembangunan Ekonomi Jingga – MyCreative

KUALA LUMPUR, 14 OKTOBER 2023 – Kumpulan MyCreative Ventures (MyCreative) menyambut baik usaha berterusan kerajaan dalam menyokong industri kreatif.

Yang pasti dengan memperuntukkan sebanyak RM160 juta untuk melaksanakan pelbagai inisiatif akan manfaat penggiat seni tempatan dan menggalakkan penghasilan karya kreatif di Malaysia.

Menurut kenyataan medianya, belanjawan 2024 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim amat dinantikan dan bertepatan dengan keperluan pemain industri kreatif tanah air yang mengharapkan sokongan jitu serta bersasar daripada pihak kerajaan.

Peruntukan terbaharu yang diumumkan sudah pasti akan merancakkan industri kreatif dengan membangunkan bakat tempatan, meningkatkan kemampanan ekosistem serta membina momentum pertumbuhan.

Keputusan untuk melabur secara strategik dalam sektor yang menjanjikan pulangan tinggi dan holistik ini jelas membuktikan komitmen kerajaan
dalam membantu anak seni.

“Kami amat gembira dan berterima kasih kepada kerajaan dengan peruntukan sebanyak RM10 juta untuk menyediakan Skim Dana Padanan MyCreative,” katanya.

Peruntukan ini bagi menyokong anak-anak seni menghasilkan projek kreatif berkualiti tinggi dan bertaraf global.

MyCreative turut mengalu-alukan peruntukan lanjutan RM60 juta di bawah Dana Kandungan.

Digital (DKD) untuk mempromosikan karya tempatan dan menyokong kandungan berteraskan nilai kenegaraan.

“Kami turut menyambut baik pengumuman YAB Perdana Menteri mengenai pengecualian sepenuhnya kadar duti hiburan bagi persembahan pentas oleh artis tempatan serta pengurangan duti hiburan kepada 10 peratus untuk persembahan artis antarabangsa, tayangan filem, acara sukan, permainan dan sebagainya.

“Harapan kami di MyCreative agar penggiat seni serta usahawan kreatif terutamanya dalam
kalangan belia akan terus berkarya serta membina rangkaian hingga ke peringkat antarabangsa,” katanya.

Menurut kenyaaan itu, MyCreative melalui unit-unit di bawahnya iaitu CENDANA, RIUH, dan BASKL akan terus menyokong dan memperjuangkan hasil seni penggiat industri kreatif tanah air.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments