Saturday, June 22, 2024
HomeBERITABajet 2024: CyberSecurity komited tingkatkan kesiapsiagaan, serangan cyber

Bajet 2024: CyberSecurity komited tingkatkan kesiapsiagaan, serangan cyber

CYBERJAYA (14 Oktober 2023) – CyberSecurity
Malaysia komited untuk meningkatkan kesiapsiagaan dan serangan cyber.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, CyberSecurity Malaysia, Dato’ Dr. Amirudin Abdul Wahab, CyberSecurity Malaysia menerima peruntukan sebanyak RM60 juta untuk melaksanakan
Pembangunan Rangka Kerja Pengujian Keselamatan Siber 5G.

Ia termasuk kepakaran tempatan terhadap teknologi 5G yang merangkumi skop perkakasan, peralatan, aplikasi dan ekosistem teknologi termaju.

Inisiatif ini dijangka memberi manfaat kepada lebih 120 organisasi yang terdiri daripada pihak kerajaan, industri, akademik, dan penyedia perkhidmatan mudah alih, serta 800 profesional keselamatan siber yang telah menjalani latihan dalam perkhidmatan pengujian keselamatan 5G.

“CyberSecurity Malaysia komited untuk meningkatkan kesiapsiagaan terhadap ancaman dan serangan siber dengan memantapkan lagi prasarana pemantauan, pengesanan dan pelaporan ancaman siber.

“Ia turut mencakupi membangun keupayaan sistem forensik siber negara, memperteguhkan modal insan etika siber, memperluaskan pensijilan
keselamatan digital dan privasi, membina keupayaan penilaian dan pengujian keselamatan
siber serta memperkasa keselamatan siber dalam sektor perusahaan kecil dan sederhana,” kata Dato’ Dr. Amirudin Abdul Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif, CyberSecurity Malaysia.

Tambahnya, peruntukan ini mencerminkan keseriusan Kerajaan dalam memperkukuhkan sistem pertahanan negara daripada ancaman dan serangan siber serta memastikan bahawa kita
sentiasa berada di hadapan untuk melindungi infrastruktur dan maklumat penting demi keselamatan dan kesejahteraan negara selain mengukuhkan kelestarian bidang keselamatan
siber.

Sebagai pusat pakar dan agensi teknikal, CyberSecurity Malaysia akan memanfaatkan
sepenuhnya peruntukan tersebut untuk memperkuat keupayaan teknikal.

Selain menjalankan penyelidikan, memperkasa inisiatif dan program keselamatan siber yang bersifat preventif, proaktif, dan responsif melalui projek-projek yang dikenal pasti demi mengukuhkan ekosistem keselamatan siber negara selari matlamat membangun Malaysia MADANI.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments