Bahasa Melayu bahasa ibunda, saya anak Melayu! – Raja Permaisuri Agong

0

Perkongsian Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menerusi laman Twitter baginda ternyata menarik perhatian ramai dan telah dikongsi netizen ke laman Instagram dan juga Facebook.

“Ada masa bahasa Malaysia saya kurang betul dan saya malu, tetapi kalau bahasa Inggeris saya tidak betul saya tidak malu kerana itu bukan bahasa Ibunda saya. Saya anak Melayu !” – @cheminahsayang

Tunku Azizah menyatakan baginda akan lebih malu sekiranya tersilap dalam penggunaan Bahasa Melayu berbanding Bahasa Inggeris.

Menurut baginda sebagai rakyat Malaysia dan berbangsa Melayu adalah perlu merasa bangga dengan bahasa ibunda.

Perkongsian dari baginda mendapat reaksi yang positif dari warganet dan mereka pantas membanjiri ruang komen dengan pendapat masing-masing.

Rata-rata netizen sangat bersetuju dengan perkongsian baginda.

“People shouldn’t feel ashamed at something that they’re not good at or still learning. Her Majesty makes a great point!” – @Cheyloumyel

“True Tuanku, Saya Half Malay, pun bangga berbahasa melayu. Subjek Bahasa Melayu, dari UPSR, PMR, SPM, Diploma semua A.” – @PuanAniq

“Well said Tuanku, ????????????” – @ThenameisAK

“Never make fun of someone who speaks broken English. It means they know another language.” – @mszikr


Secara kebetulan, beberapa hari yang lalu, isu penguasaan Bahasa Inggeris tular dan hebat diperkatakan apabila pelakon Maya Karin berkongsi status mengenai satu pertanyaan dalam Bahasa Inggeris terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun ketika keberadaannya di Terengganu.

Namun kanak-kanak berkenaan hanya menjawab soalan itu selepas dia bertanya menggunakan Bahasa Melayu.

Oleh kerana tweet dari Maya seakan memperlekehkan warga Terengganu kerana tidak fasih berbahasa Inggeris ia telah mengundang rasa marah dan kecaman dari netizen.

Sehubungan itu, Maya tampil memperjelaskan tujuan sebenar dia memuat naik kenyataan itu.

Menurutnya, tiada niat untuk memperlekehkan sesiapa sebaliknya mempersoalkan mengenai mutu pendidikan sebagai fokus utamanya.

Sudah menjadi kelaziman sebilangan rakyat dan kaum di Malaysia amat sukar untuk berbahasa Melayu malah mereka lebih senang berbahasa Inggeris seolah-olah tidak mahu mengiktiraf Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta rasmi seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

Leave a Reply