Azri Iskandar digugurkan daripada pementasan teater Tan Sri Elyas

0

Pelakon versatile, Azri Iskandar, 54 tahun digugurkan daripada pementasan teater Tan Sri Elyas.

Perkara itu dimaklumkan oleh pihak produksi kepada Azri dalam satu khidmat pesanan ringkas yang turut dikongsi di laman sosial Facebook Azri Iskandar.

Merujuk hantaran itu, Azri digugurkan dari persembahan Teater Tan Sri Elyas kerana didakwa membawa impak buruk pada imej Tan Sri Elyas dan juga imej Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selaku penganjur.

Minggu lalu, dunia hiburan kecoh seketika setelah Azri mengakui beliau akan bernikah dengan wanita pilihan hatinya yang juga seorang penulis skrip, Dr Azra Diera, 12 hari selepas perceraiannya dengan pelakon berbakat Ellie Suriati.

Difahamkan Azri bakal menghantar rombongan merisik pada 23 Jun ini.

Terbaru, seorang lagi wanita dikenali sebagai F
mendakwa dijanji bernikah dan sudah berjumpa keluarga pelakon itu di kampung.

Lapor media Azri, menganggap tuduhan wanita itu fitnah hingga menjejaskan namanya.

“Saya juga digugurkan dari pementasan teater Tan Sri Elyas oleh DBKL kerana mereka pun ingat berita fitnah tu betul. Mereka tak tanya saya langsung tapi terus buang,” katanya kepada media.

Terdahulu, Azri dan pelakon Ellie Suriaty sah bercerai talak satu pada 17 Mei lalu selepas 19 tahun hidup bersama.

Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Azrell Omar, 17, dan Nur Azreen, 13.

Azri juga menerusi perkahwinan pertama mempunyai tiga anak iaitu Muhammad Afiq Iskandar, 31; Farah Qistana, 29; dan Nur Anis Mastura, 27.–THE MALAYA POST

*SubscribeChannel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply