Friday, September 6, 2024
HomeBERITAAyuh ke Dataran Merdeka malam ini. Pelbagai program interaktif berlangsung sempena sambutan...

Ayuh ke Dataran Merdeka malam ini. Pelbagai program interaktif berlangsung sempena sambutan Ambang 2020

Hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi tahun baharu 2020 akan disambut ramai.

Pasti sahaja masyarakat di seluruh pelusuk dunia tidak sabar menantikan ketibaan detik tepat jam 12 tengah malam.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bersama Kementerian Wilayah Persekutuan serta Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) menjemput orang ramai datang ke Dataran Merdeka bagi memeriahkan lagi Program Ambang 2020 hari ini.

Program yang akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dan pelbagai program diadakan bermula pada jam 10 pagi hingga 12.30 tengah malam.

Program Ambang 2020 @ Kuala Lumpur merupakan acara khusus sambutan besar-besaran menjelang 2020 dengan gabungan beberapa komponen acara dimulai dengan perasmian Majlis Rumah Terbuka Malaysia Krismas 2019 dan Majlis Pelancaran Video Kempen Nilai-Nilai Murni oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi.

Antara program interaktif berlangsung adalah seperti pameran, demonstrasi, permainan kembara budaya (cultural hunt), interaktif masakan warisan dan persembahan sisipan kesenian dan kebudayaan dengan penglibatan pengunjung tempatan serta luar negara.

Selain itu, diikuti pula dengan persembahan ‘Extravaganza Malaysia Time Capsule’ oleh Istana Budaya.

Konsert tersebut akan disertai oleh Datuk Jefrydin (Pop Yeh Yeh), Elvira Mentor (Oldies), Asmidar (Irama Malaysia), Siti Nordiana (Pop Balada) dan Han Byul (Korea).

Setiap tahun Dataran Merdeka sememangnya menjadi lokasi wajib bagi menyaksikan percikan bunga api.

‘Pertunjukan Cahaya di Langit’ akan menjadi pertunjukan istimewa, kemuncak untuk Kempen Melawat Malaysia 2020 dalam tempoh 10 minit dengan 11 formasi istimewa menggambarkan keunikan dan keistimewaan Malaysia di ambang 2020 kelak.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments