Wednesday, June 19, 2024
HomeBERITAAsas dialek Bahasa Rawa di Perak

Asas dialek Bahasa Rawa di Perak

Selain kaya dengan sumber alam semulajadi, negeri Perak juga terkenal dengan pelbagai dialek yang unik dan tersendiri.

Salah satu dialek yang terdapat disini adalah Bahasa Rawa atau “baso Rao” yang berasal dari Bahasa Melayu tetapi dituturkan oleh masyarakat Melayu berketurunan Rawa di Malaysia mahupun masyarakat Indonesia terutama dalam di Kabupatan Pasaman dan Sumatera Barat.

Di Malaysia, bahasa ini dituturkan oleh bangsa Melayu berketurunan Rawa di Perak khususnya di Gopeng, Temoh, Tapah, Tanjong Malim, Chemor dan Selama.

Bahasa Rawa memiliki kaedah asas menyebut perkataan tertentu tanpa mengubah makna perkataan.

Jika perkataan atau huruf hujungnya mempunyai “an”, ianya akan digantikan kepada bunyi “en”.

Sebagai contoh “tangan”. Masyarakat berketurunan Rawa akan menyebut “tangen”. Jika “makan”, akan berbunyi “maken”.

Namun tidak semudah itu ya. Dilaporkan, bahasa ini mempunyai enam belas kaedah yang berbeza-beza. Apa yang kongsikan ini adalah pengenalan asas penggunaan Bahasa Rawa sahaja.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments