Tuesday, June 11, 2024
HomeBERITAAlif Satar timang cahaya mata lelaki pada tarikh kelahirannya

Alif Satar timang cahaya mata lelaki pada tarikh kelahirannya

Artis versatile tanah air, Alif Satar selamat menimang cahaya mata lelaki dan lebih mengujakan apabila turut berkongsi tarikh kelahiran yang sama.

Berkongsi berita kelahiran anak ketiganya bersama para peminat, Alif menulis, ‘19/09/1990 & 19/09/2019. I’m already so proud of you son’ di laman Instagramnya bersama sekeping gambar yang sedang memangku anaknya.

Perkongsian yang mendapat lebih 250,000 tanda suka, disertakan ucapan tahniah di atas kelahiran cahaya mata dari rakan-rakan artis dan juga para peminatnya.

Untuk rekod, Alif Satar telah diijabkabulkan dengan wanita pilihan hati yang juga merangkap pengurusnya, Sha Dila Halid pada 15 September 2014. Dengan ikatan perkahwinan yang sudah menjangkau lima tahun, Alif dan isteri telah dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Alisha Anugerah dan Ariana Mecca.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments