Saturday, October 19, 2024
HomeBERITAAlhamdulillah, Zamani selamat bernikah

Alhamdulillah, Zamani selamat bernikah

PENYANYI, Zamani Ibrahim, 48, mengesahkan selamat bernikah dengan pasangannya, Nur Juliana Abdul Rani, 36, dalam satu majlis tertutup di Kuala Lumpur malam ini.

Bagaimanapun, dia meminta maaf kerana tidak menjemput pihak media dan menghebahkannya lebih awal.

“Saya minta maaf kerana majlis ini dibuat secara tertutup dan hanya membabitkan keluarga kedua-dua belah pihak.

“Saya bukan menafikan peranan wartawan terhadap karier saya, tapi ini hanya majlis akad nikah dan kami akan jemput semua pihak pada majlis resepsi yang dirancang nanti,” katanya.

Memetik laporan Harian Metro, Zamani turut berjanji akan memberi butiran lengkap majlis akad nikah itu beserta gambar kepada Harian Metro pada jam 11 malam, namun sehingga kini dia gagal dihubungi kerana telefonnya dimatikan.

Difahamkan bekas penyanyi kumpulan Slam itu sudah lama mengenali Juliana.

Juliana adalah pembantu peribadi Zamani di syarikat ZIME Production milik Zamani dan keluarganya.

Pada 16 Jun lalu, Zamani membuat kejutan pada majlis Ceria Aidilfitri Bersama Zamani yang berlangsung di sebuah lokasi di ibu negara apabila mengumumkan mahu bertunang dengan Juliana.

Mereka juga pernah tampil menyanyi berduet pada majlis bersama peminat di sebuah hotel di Kota Bharu, Kelantan selepas itu.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments