Wednesday, June 19, 2024
HomeBERITAAktiviti survelan memantau penularan jangkitan di kalangan masyarakat

Aktiviti survelan memantau penularan jangkitan di kalangan masyarakat

Ketua Pengarah Kesihatan, Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan aktiviti survelan dilakukan bagi memantau penularan wabak Covid 19 di kalangan masyarakat.

Ia bertindak sebagai sistem amaran awal (early warning) dan pengesanan awal (early detection) bagi jangkitan COVID-19 di Malaysia.

Aktiviti-aktiviti survelan ini merangkumi:

1. Survelan klinikal iaitu pengesanan dan persampelan kes-kes Influenza Like Illness (ILI) di lokasi sentinel (iaitu Klinik Kesihatan KKM) seluruh negara dan kes-kes Severe Acute Respiratory Infection (SARI) di semua hospital KKM.

Setakat minggu epid ke-18, sebanyak 9,010 sampel telah diambil daripada pesakit kes ILI / SARI.

Daripada jumlah keseluruhan terbabit, sebanyak 81 sampel disahkan positifCOVID-19 (iaitu 0.9%) dimana

• Kes ILI: 14 kes positif COVID-19 daripada 1,594 sampel (0.94 %)
• Kes SARI: 67 kes positif COVID-19 daripada 7,416 sampel (0.9 %)

Secara keseluruhannya, terdapat penurunan kes positif COVID-19 yang dikesan melalui SARI.

Jika dibandingkan, pada minggu epid ke-13, kadar positif adalah sebanyak 8.7% (iaitu 25 kes dikesan daripada 288 sampel SARI).

Manakala, pada minggu epid ke-18 pula, kadar positif adalah 0.13% (iaitu 1 kes dikesan daripada 772 sampel SARI)

Ini menunjukkan pengesanan kes SARI yang serius dan sederhana serius di kalangan pesakit COVID-19 adalah semakin berkurangan.

2. Saringan COVID-19 bagi anggota kesihatan KKM sehingga 12 Mei 2020, dimana sebanyak 11,470 sampel telah diambil.

Seramai 65 anggota KKM telah dikesan positif COVID-19.

3. Saringan COVID-19 ke atas semua pesakit sebelum menjalani pembedahan kecemasan dan separa kecemasan di hospital KKM.

Sehingga 12 Mei 2020, terdapat 7 kes yang dikesan positif COVID-19 daripada 8,528 jumlah pesakit yang disaring (0.08 %).

KKM turut menjalankan analisa survelan pasif di mana ia merangkumi notifikasi yang diterima di Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan bagi kes-kes yang telah dikesan sebagai Person Under Investigations (PUI) daripada fasiliti KKM dan swasta.

Setakat ini terdapat 95 kes positif dikesan daripada 30,155 ujian yang dijalankan di makmal-makmal swasta ini (0.32 %)

Aktiviti survelan di negara kita telah dipergiat dengan proaktif namun banyak ujian makmal telah dijalankan.

Meskipun begitu, kadar positif yang dikesan melalui aktiviti survelan menurun dan kekal rendah buat masa ini.

Walaubagaimanapun, pihak KKM menyeru supaya masyarakat tidak leka dengan trend penurunan ini.

KKM ingin menekankan bahawa kepatuhan orang ramai kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), serta kelaziman dan norma baharu adalah amat penting dalam menentukan kadar kes positif COVID-19 di Malaysia.

Aktiviti survelan ini akan diteruskan untuk mencapai objektif sebagai sistem amaran awal (early warning) dan akan dipertingkatkan lagi dari semasa ke semasa dengan pertambahan lokasi sentinel ILI bagi mengesan COVID-19 di kalangan masyarakat.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10157037096251237&id=373560576236

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments