Friday, May 24, 2024
HomeBERITAAksi Tik Tok Elly Mazlein bersama Rina Diana undang tawa netizen

Aksi Tik Tok Elly Mazlein bersama Rina Diana undang tawa netizen

Aksi lucu Elly Mazlein dan juga Rina Diana menggamit kerinduan kepada keletah mereka dalam drama Kampung People yang telah tamat tayangannya.

Mereka yang sedang membuat memek muka untuk disesuaikan dengan lagu dari aplikasi Tiktok pastinya menghiburkan para peminatnya.

Rina yang memuatnaik entri berkenaan seolah olah memberi hint bahawa para penonton setia Kampung People bakal disajikan Kampung People 2.

“Siapa rindu mami & lailer ? ???? mami ni buat hal ahh!!!! I pun tktahan dengan perangai mazenah tinoh ni eeee Siapa nak kampung pipol season 2? @iamellymazlein . Hujung die sumpah i trgelak ???????????????? mati lah i”, celoteh Rina.

Mereka merakamkan aksi Tiktok terbabit ketika sedang mempromosikan gedung kain Jakel sempena Jualan Ulang Tahun Jakel ke-36.

Manakala di ruangan komen milik pelakon yang dikenali sebagai Laila dalam drama berkenaan, para peminat mulai menjawab mahukan sambungan musim kedua drama komedi dan kekeluargaan berkenaan serta tidak kurang juga yang mengatakan rindu mahu melihat Mommy dan Lailer lagi.

–THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel
Untuk perkembangan berita dan isu semasa
tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments