Saturday, June 22, 2024
HomeBERITAAhli Program Malaysia Rumah Keduaku dibenarkan pulang ke tanah air

Ahli Program Malaysia Rumah Keduaku dibenarkan pulang ke tanah air

Ahli Program Malaysia Rumah Keduaku (Malaysia My Second Home Program) yang terkandas di luar negara dibenarkan kembali ke tanah air bermula 17 Mei 2020.

Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sebelum berlepas ke Malaysia, ahli-ahli program perlu membuat pemeriksaan kesihatan dan perlu disahkan negatif COVID-19 terlebih dahulu.

Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), mereka perlu mematuhi semua peraturan yang ditetapkan termasuklah menjalani saringan kesihatan sekali lagi.

Begitu juga perlaksanaan kuarantin wajib selama 14 hari perlu dipatuhi.

Menerusi perkongsian di laman media sosial Facebook @Majlis Keselamatan Negara, Dato Seri Ismail Sabri Yaakob turut menekankan bahawa kos bagi kuarantin wajib 14 hari ini perlu ditanggung sendiri oleh ahli program.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

SIARAN LANGSUNG: SIDANG MEDIA (NON HEALTH) SELEPAS MESYUARAT KHAS MENTERI-MENTERI MENGENAI PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN OLEH YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB, MENTERI KANAN PERTAHANAN.

SIARAN LANGSUNG: SIDANG MEDIA (NON HEALTH) SELEPAS MESYUARAT KHAS MENTERI-MENTERI MENGENAI PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKANOLEH YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB, MENTERI KANAN PERTAHANAN.

Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Jumat, 15 Mei 2020

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments