Saturday, November 21, 2026
HomeBERITABekas Pengerusi Bank Hengfeng dijatuhi hukuman mati dengan dua tahun penangguhan

Bekas Pengerusi Bank Hengfeng dijatuhi hukuman mati dengan dua tahun penangguhan

BEIJING: Mahkamah tempatan telah menjatuhi hukuman mati dengan dua tahun penangguhan terhadap Bekas Pengerusi Bank Hengfeng di China pada Khamis (26 Dis).

Jiang Xiyun disabitkan dengan rasuah, menerima rasuah, mengeluarkan nota kewangan secara haram, dan memusnahkan baucar perakaunan dan buku perakaunan secara haram, menurut Yantai Intermediate People’s Court.

Keputusan mahkamah bermakna bahawa jika Jiang tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah dalam tempoh dua tahun akan datang, hukumannya akan diubah menjadi hukuman penjara seumur hidup, menurut undang-undang negara China.

Bank yang berpusat di Shandong berada di tengah-tengah penstrukturan semula yang dipimpin oleh kerajaan.

Pemberi pinjaman tidak mengeluarkan laporan tahunannya sejak tahun 2017 disebabkan isu pengurusan dan kecairan.

Perbankan dan pengawalseliaan insurans telah melantik kakitangannya untuk mengetuai bank itu pada tahun 2017, tetapi proses penstrukturan semula telah dianjak sejak itu.

Kebimbangan terhadap Bank Hengfeng telah dibangkitkan semula dan penyitaan kerajaan terhadap Bank Baoshang pada awal tahun ini serta kerajaan ingin menyelamatkan Bank of Jinzhou, yang menimbulkan kebimbangan mengenai kepentingan beratus-ratus peminjam kecil apabila pertumbuhan ekonomi perlahan hampir 30 tahun.

Pihak Bank Hengfeng berkata pada awal bulan ini bahawa ia akan mengeluarkan 100 bilion saham melalui penempatan swasta, dalam salah satu penyelamatan terbesar bank kecil diseluruh negeri di China.

Bank United Overseas Singapore mempunyai kepentingan di Bank Hengfeng.

Reuters/jt

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments