Siasatan rasmi berhubung letusan gunung berapi yang meletus di White Island baru baru ini dijangka akan mengambil masa setahun dan bakal dikenakan hukuman jenayah serta dipenjara selama lima tahun, ujar Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern.
Tambah Ardern, dana sebanyak NZ$5 juta (RM13.66 juta) akan diperuntukkan untuk membantu usahawan kecil yang terjejas ekoran letusan berkenaan.
Seluruh warga New Zealand bertafakur selama satu minit bagi menghormati mangsa tragedi yang kini memasuki seminggu tragedi buruk itu berlaku.
Setakat ini angka mangsa masih kekal seramai 16 orang kerana dua lagi mayat yang dipercayai berada dalam air sekitar perairan pulau dan masih disenarai sebagai orang hilang.
Selain pelancong dari China, Britain, Jerman dan Amerika Syarikat (AS), rakyat Malaysia juga antara mangsa yang terlibat dalam senarai maut dan cedera.
Manakala 26 orang mangsa yang lain masih menerima rawatan di hospital New Zealand dan Australia.
Sebilangan dari mangsa kini kritikal akibat lecuran yang teruk.
Wujud kritikan dan pertanyaan ramai, mengapa membenarkan pelancong ke pulau terbabit, destinasi popular untuk pengunjung harian berikutan risiko gunung berapi aktif sekaligus spekulasi timbul yang mungkin merubah keadaan ekonomi dan pelancongan New Zealand.
Menteri Luar Australia, Marise Payne bertemu rakan sejawatannya dari New Zealand disini semalam untuk menzahirkan ucapan terima kasih kepada kru perubatan dan kecemasan negara berkenaan.
Pakar perundangan berkata minggu lalu, mereka menjangka tuntutan difailkan di mahkamah Amerika Syarikat oleh pelancong yang mengalami kecederaan serta keluarga mangsa yang meninggal dunia.

Leave a Reply