Belum hilang rasa sedih pemergian suami, kini sekali lagi penyanyi Nora Ariffin diduga dengan pemergian anak lelakinya, Alif Johan.
Nora telah memuat naik satu perkongsian di laman Instagramnya memberitahu anaknya Muhammad Syakir Alif berusia 20 tahun telah meninggal dunia pagi ini.
Menurut Nora lagi, anaknya meninggal di rumah dan jenazahnya akan dikebumikan secepat mungkin.
Namun penyanyi berkenaan tidak memaklumkan dimana jenazah akan dikebumikan.
Semoga Nora dan keluarga tabah menghadapi ujian ini. Al-Fatihah

Leave a Reply