Bekas pegawai penyelidik di pejabat Presiden PKR, Muhammed Yusoff Rawther telah dipanggil semula ke Balai Polis Bukit Aman lewat pagi tadi untuk siasatan lanjutan daripada keterangan yang diberi semalam.
Menurut peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla ketika dihubungi The Malaya Post, Muhammed Yusoff telah hadir seorang diri dan tidak ditemaninya kerana beliau mempunyai urusan kerja lain yang padat.
“Muhammed Yusoff masih berada di Bukit Aman, dan maklumat lanjut akan dimajukan kelak oleh saya lewat petang atau awal malam ini,” ujarnya.
Terdahulu Yusoff, 26, memberi keterangan selama lebih tujuh jam kepada Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang D5 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, berhubung dakwaannya berkaitan gangguan seksual melibatkan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

Leave a Reply