Semalam digemparkan satu berita kehilangan sebuah pesawat kargo milik Tentera Udara Chile yang membawa 38 penumpang dan anak kapal.
Pesawat Hercules C130 yang dalam perjalanan ke pangkalan di Antartika berkenaan berlepas pada jam 4.55 petang dari bandar Punta Arenas di selatan negara itu dan dilaporkan hilang dan terputus hubungan pada jam 6 petang, waktu tempatan.
“Pesawat Hercules C130 itu membawa 38 individu. Daripada jumlah itu, 17 adalah anak kapal dan baki 21 lagi adalah penumpang,” kata tentera udara dalam satu kenyataan.
Berikutan itu, satu amaran dikeluarkan sebaik sahaja komunikasi dengan pesawat itu terputus, dan pasukan mencari serta menyelamat sudah dikerah untuk mengesan kehilangan pesawat terbabit.
Media melaporkan pesawat berkenaan mengangkut bantuan logistik untuk dihantar kepada kemudahan milik negara itu di Antartika. – Reuters

Leave a Reply