Dijangka ramai bintang tersohor Hollywood akan hadir ke Anugerah Golden Globes 2020

0

Majlis anugerah Golden Globes ke-77, tahun 2020 diramal akan dihadiri oleh ramai bintang Hollywood tersohor dunia.

Anugerah prestij yang telah dijadualkan berlangsung pada 6 Januari tahun hadapan, dikhabarkan pelakon Brad Pitt turut akan berada di sana bagi percalonannya bagi filem Once Upon a Time in Hollywood.

Manakala Jennifer Aniston dan Reese Witherspoon turut akan hadir bagi percalonan masing-masing bagi siri drama The Morning Show.

Dan masih ingat dengan ol ‘George Clooney?  Pelakon terbabit juga akan berada di sana untuk percalonan minisiri Catch-22, yang diterbitkan dan sebahagian diarahkan olehnya.

Anda mungkin akan melihat banyak nama dan bintang filem ternama Hollywood mungkin akan menghadiri majlis anugerah Globes tahun 2020 kerana projek-projek TV sedang dijadual dan berjalan rancak.

Fakta ini membuktikan majlis anugerah Golden Globe secara perlahan-lahan membuka auranya sebagai sebuan majlis yang dinanti ramai.

Secara tradisinya sebuah organisasi akan berbangga apabila ramai bintang seni terkenal dunia akan menghadiri ke majlis yang dianjurkan dan bakal muncul tidak lama lagi.

Dalam pada itu Hollywood Foreign Press Association (HFPA) memberitahu dua matlamat utama dibahagikan iaitu dua anugerah termasuk mengiktiraf filem-filem yang lebih kecil dan tidak selalu mempunyai kuasa bintang yang tinggi serta filem bukan dari bahasa Inggeris (foreign language films).

Di era streaming kini, banyak bintang besar sedang mencuba dalam skala televisyen bersaiz besar ini.

Tetapi banyak rancangan yang membabitkan selebriti tidak begitu baik diterbitkan.

Sebagai contohnya, The Morning Show hanya sebuah siri yang memberi hiburan, tetapi adakah ianya merupakan salah satu daripada lima siri drama terbaik di TV?

Begitu pula dengan Catch-22? Adakah anda masih ingat kewujudannya?

Dan peralihan ini mendorong projek-projek televisyen untuk menampilkan bintang ternama muncul di dalam rancangan masing-masing.

Oleh itu, mari kita nantikan dan lihat siapakah yang akan mengungguli percalonan di anugerah Golden Globe 2020 nanti.

Leave a Reply