Pelakon Nur Risteena Munim telah memuatnaik video di laman Instagram miliknya yang memaparkan dia berada di butik pengantin dan memakai lengkap sepersalinan busana perkahwinan.
Risteena turut menulis status di entrinya dan memberi bayangan akan menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.
“done fitting, counting days dengan emoji sebentuk cincin”.
Menurutnya, hari bahagia bergelar seorang isteri adalah impian setiap wanita tetapi bagi pelakon berkenaan, kebahagiaan bermula apabila buah hatinya mula mengisi hari-hari yang mendatang.
Dia juga menceritakan detik awal pertemuannya bersama kekasih hati.
Tambahnya, di awal perkenalan, mereka tidak terlalu banyak berkomunikasi dan dia tidak menyangka akan ada seseorang yang akan menyintainya sepenuh hati.
Katanya lagi, disaat dia menghadapi kesukaran dalam hidup, si dia sentiasa ada dan akan melakukan apa sahaja untuk menggembirakannya serta setiap permintaannya akan cuba ditunaikan tanpa pernah merungut.
Risteena turut menceritakan ketika dia terlibat dalam satu kemalangan baru baru ini, si dia adalah orang pertama yang sampai di tempat kejadian pada jam tiga pagi.
Ketika dia berada dalam kesakitan, si dia sentiasa ada bersamanya dan menjaga keluarganya.
“Terima kasih, Cinta. Awk selalu cuba untuk tidak sakitkan hati saya, tak boleh tengok saya sedih dan nangis. Kalau saya nangis, awk akan susah hati. Jadi, jangan buat saya sedih okay? Jauh lagi perjalanan kita. Jadilah orang yang sama sampai bila-bila”.
Tambahnya, ini adalah langkah pertama untuk ke fasa seterusnya dan dia bersedia untuk menjalani kehidupan bersama kekasih hatinya hingga ke akhirnya.
Di ruangan komen, para peminatnya menzahirkan kegembiraan dan mengucapkan tahniah meskipun belum ada pengumuman rasmi siapakah jejaka yang berjaya menambat hatinya.
Leave a Reply