Thursday, November 19, 2026
HomeBERITAMesyuarat ACC Ke-36 sahkan Wawasan ASEAN 2045 sebagai panduan masa depan rantau

Mesyuarat ACC Ke-36 sahkan Wawasan ASEAN 2045 sebagai panduan masa depan rantau

KUALA LUMPUR, 25 Mei – Susulan penutup Mesyuarat Majlis Komuniti Politik dan Keselamatan ASEAN (APSC) ke-29, Menteri Luar Negeri, Dato’ Seri Utama Mohamad Hasan telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Penyelarasan ASEAN (ACC) ke-36 di Kuala Lumpur hari ini.

Mesyuarat ini merupakan pertemuan terakhir di peringkat menteri sebagai persiapan bagi Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 esok.  

Mesyuarat itu berperanan sebagai platform penting untuk mengkaji kemajuan ASEAN di bawah Wawasan ASEAN 2025 serta menyelaraskan keutamaan kolektif menuju “ASEAN 2045: Masa Depan Kita Bersama.”

Para Menteri Luar bertukar pandangan mengenai status dokumen dan laporan utama yang akan dibentangkan kepada Pemimpin ASEAN serta mengkaji perkembangan proses keanggotaan penuh Timor-Leste.

Antara hasil utama mesyuarat adalah pengesahan Laporan Akhir Pasukan Tugas Khas Tingkat Tinggi mengenai Wawasan Komuniti ASEAN 2045.

Majlis bersetuju untuk mengemukakan dokumen Wawasan tersebut kepada Pemimpin ASEAN bagi diterima pakai pada Sidang Kemuncak akan datang.

Menteri Luar Malaysia turut merakamkan penghargaan kepada semua Negara Anggota ASEAN, pengerusi bersama Pasukan Tugas Khas, dan Sekretariat ASEAN atas sumbangan mereka dalam membentuk Wawasan yang berorientasikan masa depan bagi rantau ini.

Selain itu, mesyuarat juga mengambil maklum lima laporan substantif dan meluluskan enam laporan lain untuk diserahkan kepada Pemimpin ASEAN, yang mencerminkan kerja penyelarasan dan kerjasama yang giat dijalankan merentasi tiga tiang komuniti ASEAN.

Deklarasi Kuala Lumpur mengenai ASEAN 2045 dijadualkan ditandatangani oleh Pemimpin ASEAN pada 26 Mei 2025, menandakan satu mercu tanda strategik yang akan membimbing fasa seterusnya pembinaan komuniti dan kepimpinan serantau ASEAN.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

 

 

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments