Saturday, November 21, 2026
HomeBERITADr. Zambry Kadir santuni masyarakat Pangkor sempena Ramadan

Dr. Zambry Kadir santuni masyarakat Pangkor sempena Ramadan

PANGKOR, 14 Mac – Menteri Pendidikan Tinggi,  Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, yang juga anak jati Pulau Pangkor kembali ke kampung halamannya hari ini bagi menyantuni masyarakat dalam satu program kebajikan sempena Ramadan.

Program tahunan itu bertujuan untuk berkongsi rezeki dengan penduduk setempat serta membantu mereka membuat persiapan menyambut Syawal.

Sebagai seorang pemimpin yang dekat dengan rakyat, Dr. Zambry yang juga mantan Menteri Besar Perak terus mengekalkan tradisi itu sebagai tanda keprihatinannya terhadap kesejahteraan komuniti Pangkor.

Dalam program itu, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan sambil beramah mesra dengan penduduk.

Menurutnya, inisiatif ini bukan sekadar menyampaikan bantuan, tetapi juga satu platform untuk lebih memahami keperluan masyarakat setempat.

“Setiap tahun, kita laksanakan program ini sebagai satu usaha untuk berkongsi rezeki dan memastikan masyarakat dapat menikmati keberkatan Ramadan serta menyambut Syawal dengan lebih bermakna. Semoga Allah melimpahkan rezeki kepada mereka yang turut sama menyumbang dan mendoakan agar pintu rezeki lebih luas buat semua penerima,” katanya dalam satu kenyataan ringkas Facebook.

Program itu mendapat sambutan hangat daripada penduduk setempat yang menyatakan penghargaan atas keprihatinan dan kesungguhan beliau dalam membantu komuniti di Pangkor.

Esok, program serupa akan diteruskan di daerah Manjung, di mana beliau dijangka bersama masyarakat setempat untuk meneruskan usaha kebajikan ini menjelang Syawal.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments