Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAMAPIM lancar inisiatif Iftar@Road2Haramain, santuni jemaah haji, umrah di Tanah Suci

MAPIM lancar inisiatif Iftar@Road2Haramain, santuni jemaah haji, umrah di Tanah Suci

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) terus memperkukuh usaha kebajikan dengan melancarkan Iftar@Road2Haramain siang tadi, satu inisiatif khas bagi menyediakan juadah berbuka puasa kepada jemaah haji dan umrah di Tanah Suci.

Program itu dijalankan dengan kerjasama Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH), Coffee Star, Aysar Sudee Sdn Bhd, dan Aysar Arab Saudi, bertujuan memastikan kebajikan jemaah terpelihara, khususnya dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Presiden MAPIM, Cikgu Mohd Azmi Abdul Hamid berkata program itu bukan sekadar penyediaan makanan tetapi juga satu bentuk santunan buat jemaah yang berjauhan dari tanah air.

“Kami percaya bahawa memberi makan kepada orang yang berpuasa adalah satu amalan besar yang dianjur oleh Rasulullah SAW. Inisiatif ini bukan sahaja memudahkan jemaah tetapi juga memperkukuh semangat persaudaraan Islam.” katanya.

Program itu menyasarkan 10,000 pek makanan sehari di lokasi strategik seperti KLIA, KLIA2, Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz (Jeddah), serta kawasan sekitar Makkah dan Jeddah.

Menu berbuka puasa termasuk Nasi Belauk dengan gulai kawah, masak hitam, sambal, dan Kopi Coffee Star.

Dikendalikan oleh Aysar Sudee Sdn Bhd, makanan disediakan menggunakan fasiliti dapur moden yang mampu menghasilkan 25,000 pek dalam satu masa.

Dengan pes kering berkualiti tinggi daripada Sudee, makanan dapat disiapkan dengan pantas dan diberikan kepada jemaah dalam keadaan panas dan segar.

MAPIM turut mengajak badan korporat, NGO, serta individu dermawan untuk bersama menjayakan program ini melalui sumbangan dan penyertaan sukarelawan.

“Setiap sumbangan, sama ada dalam bentuk kewangan atau tenaga, akan memberi impak besar kepada ribuan jemaah di Tanah Suci,” tambah Mohd Azmi.

Untuk maklumat lanjut atau penyertaan, hubungi MAPIM Malaysia melalui saluran rasmi mereka.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments